Pendahuluan

Assalamualaikum

Hi, mesti korang yang belum tahu ni tertanya-tanya kan 😀.

Apa benda programming tu?

Selain programming, kita juga panggil sebagai Coding. Tapi apa benda tu?

Coding/programming merupakan bahasa atur cara yang digunakan oleh manusia untuk beri arahan pada komputer. Faham?

Hehe, betul la tu. Robot @ Komputer tak faham bahasa melayu, mereka juga tak faham loghat kelantan atau terengganu. Jadi, mereka ada beberapa bahasa khusus yang boleh kita gunakan untuk berinteraksi dengan mereka. Bahasa komputer bukan ada satu je tau, ada banyak sangat.

Antara yang famous adalah PYTHON.

Wow, PYTHON tu ular sawe ke? Bukan

Itu salah satu nama bahasa komputer yang paling mudah, biasanya ada dalam silibus universiti sains komputer atau electrik elektronik.

Contoh

Sebagai contoh, saya nak minta komputer paparkan perkataan “Hello Dunia!” di console. Console tu tempat keluar output. Di windows ada command prompt (CMD) untuk hasil dari coding kita.

Saya tulis ini, kemudian saya jalankan kode, RUN

print("Hello Dunia!");

Bermaksud, wahai komputer, cepat paparkan “Hello Dunia!” kepada saya cepat! nanti hasilnya akan keluar

Hello Dunia!

Takkan tu je dia boleh buat~

Ehh tak lah, baaaaanyak lagi komputer boleh buat. Hack orang pun boleh hihi. Selain keluarkan teks macam tadi, kita boleh buat aplikasi jual beli, website, game dan sebagainya. Menarik kan.

Cuma kena belajar lagi banyak lah nak tahu apa lagi dia boleh buat. Bye jumpa lagi di lain posting. Semoga bermanfaat!