Rangkaian dari segi technologi merupakan tempat peranti berkomunikasi dengan peranti yang lain.

Cara komputer dan komputer berkomunikasi, cara telefon bimbit terima isyarat dan hantar isyarat panggilan sesama telefon bimbit lain dan sebagainya.

Analogi: kita sesama manusia berbual fizikal dengan mulut, yang mana suara kita sampai ke tempat tujuan melalui udara.

Tapi sebelum itu kamu perlu tahu asas rangkaian yang mana iaitu tentang alamat protocol internet [Internet Protocol Address (IP)] Ia bagaikan pengenalan diri bagi suatu peranti elektronik. Dan melalui IP, data dapat dihantar dan diterima dengan tepat.

Dalam Rangkaian (Network), setiap peranti (device) ada protocol (jenis laluan) komunikasi yang mereka gunakan untuk bergaul. Sebagai halaman web hantar dan terima data melalui protocol HTTP/HTTPS.

Sebagai contoh ip address 192.169.200.10 ialah alamat IP lokal server saya. Bila anda sambung ke IP server saya dengan protokol HTTP atau HTTPS , contoh http://192.168.200.10, maka server website saya akan tunjukkan halaman website saya.

Tapi nombor IP susah untuk diingat, jadi saya perlu beli nama domain dan sambungkan kepada IP ini.

Ini sepatutnya tak dapat di buka oleh orang awam kerana IP lokal. sekadar contoh

DNS A Record example.com => 192.168.200.10

Kesimpulannya, sambungan rangkaian antara peranti kita bersambung melalui IP address.

Contoh akhir, saya mahu hantar surat (data) kepada kamu (destinasi), saya akan beri kepada poslaju (protokol internet/kaedah penghantaran) dengan beri alamat tujuan iaitu rumah kamu.

Itu saja ringkasan mudah yang boleh saya terangkan, untuk ketahui lebih lanjut. Sila explore lebih lagi…