scammer = penipu scammer bermaksud penipu


Jadi tugas mereka menipu.
Dalam penipuan mereka, wujud beberapa cara licik yang mereka gunakan untuk menipu orang awam.

Jarang sekali scammer membuat cubaan menipu orang yang berpendidikan, barangkali scammer selalunya akan kaji mangsa sebelum mulakan modus operandi mereka.
Jadi mangsa penipuan mereka selalunya orang berumur atau pun warga lain yang mungkin jadi mangsa mereka.



đź“– Klik untuk lihat isi halaman
  1. Scam panggilan
  2. Phishing (pancing)
  3. Scam parcel / kastam
  4. Love Scam
  5. Scam jualan dalam talian
  6. Scam kerja sambilan
  7. Scam pelaburan
  8. Scam APK
  9. Scam derma palsu
  10. Penutup


1. Scam panggilan (Phone scam)

Mereka mungkin menyamar sebagai pihak yang sah seperti polis, staff bank, PDRM, Warehouse, Staff logistik dan sebagainya.

Jadi mereka akan beri mangsa tekanan psikologi atau ugutan undang-undang supaya mangsa panik dan buat tindakan tergesa seperti pindahkan wang, beri code OTP dan sebagainya.

Cara elakkan:
  • Jangan panik - kerajaan takkan hubungi melalui telefon untuk ugut.
  • Jangan pindah wang kepada mana-mana individu.
  • Jangan layan sebarang panggilan tidak dikenali.
  • Jika panggilan meminta untuk merahsiakan, sah itu scam (kononnya dasar keselamatan).
  • Jika scammer claim dari agensi sekian, rujuk agensi sebenar untuk pastikan kesahihan.
  • Elakkan melakukan urusan online dengan orang tidak dikenali.
  • Jika scammer berkata mengaku dari bank XYZ, maka lebih baik anda ke bank XYZ berdekatan untuk berurusan secara selamat.
  • Pasang aplikasi seperti Truecaller di playstore untuk kesan nombor scammer dan spammer.
  • Untuk kepastian rasmi, simak nombor tersebut di laman web rasmi berdaftar mereka atau tanya customer service laman web tersebut.


2. Phishing (pancing)

pautan / url / link = merupakan teks alamat yang boleh bawa ke suatu website apabila di tekan.
contoh: https://www.youtube.com

Phising - merupakan salah satu teknik scammer untuk mencuri akaun pengguna lain.

Kaedah ini berlaku dengan scammer mencipta satu laman web yang kelihatan sah seperti laman web rasmi sedangkan laman web yang diberi itu palsu.

Contoh:

Scammer buat satu laman web palsu meniru bentuk log masuk ke bank. Setelah mangsa cuba log masuk ke website yang diberi scammer, nama dan password atau data peribadi lain yang anda masukkan tadi boleh sampai kepada scammer.

Biasa scammer akan hantar link/url ke website palsu tersebut. Sammada melalui Whatsapp, Telegram, X/Twitter, Discord, Email dan lain lain media sosial bahkan dalam bentuk QR.

Yang biasa berlaku adalah di Whatsapp.

Sejak kebelakangan ini, banyak tular messej dari orang tidak dikenali yang menghantar pautan ke website yang mungkin berbahaya. Kadangkala scammer telah ambil alih akaun Whatsapp orang yang kita kenali untuk menyamar yakinkan kita membuka alamat palsu yang dikongsi.

Juga pernah perlaku modus penipuan yang mana scammer telah ambil alih Whatsapp si adik dan guna untuk minta pinjam duit yang banyak kepada kenalan terdekat, bila kenalan dekat percaya, terjadilah penipuan disitu.

Cara elakkan:
  • Jangan mudah percaya dengan permintaan melampau dari orang terdekat, seperti minta pinjam RM1000, nak pinjam kereta tapi minta tinggal di tempat sekian dengan kunci.
  • Lebih baik berurusan secara bersemuka daripada berurusan secara dalam talian yang meragukan
  • Sebelum click pautan mencurigakan, simak sammaada pautan itu sah dan dari laman web rasmi.
  • Hidupakan pengesahan dua langkah, pasangkan nombor telefon atau email untuk pulihkan akaun sebelum diambil alih oleh scammer.


3. Scam parcel / Kastam

Kononya dapat panggilan dari kastam kerana ada parcel disekat, disuruh bayar cukai, permit atau penalti Kastam biasanya takkan hubungi individu secara rawak untuk minta bayaran. Biasanya sarikat penghantaran juga akan maklumkan jika parcel disekat.

Contoh: Van Ninja maklumkan di aplikasi atau laman web mereka, parcel disekat tidak dapat dibawa masuk.


4. Love Scam (Scam Percintaan)

Modus Operandi:

  • Kenal di media sosial.
  • Bina hubungan cinta palsu.
  • Dakwa mahu datang ke Malaysia tapi perlukan duit untuk tiket, hospital, dll.

Cara Elakkan:

  • âś… Jangan beri wang kepada orang yang tidak pernah anda temui secara fizikal.
  • âś… Jangan kongsi gambar sulit / maklumat peribadi.
  • âś… Guna reverse image search untuk semak identiti palsu.


5. Scam Jualan Dalam Talian (Online Shopping Scam)

Modus Operandi:

  • Iklan produk murah luar biasa.
  • Minta bayaran terus ke akaun peribadi.
  • Selepas bayaran: tiada barang, tiada respon.

Cara Elakkan:

  • âś… Hanya beli melalui platform sah seperti Shopee, Lazada, Tiktok Shop.
  • âś… Jangan bayar luar dari platform.
  • âś… Semak nombor akaun di semakmule.rmp.gov.my.


6. Scam Kerja Sambilan / Job Scam

Modus Operandi:

  • Tawar kerja “like video”, isi data, beli barang untuk “komisen”.
  • Mula-mula beri komisen kecil.
  • Kemudian minta bayar “task advance” → wang lesap.

Cara Elakkan:

  • âś… Jangan buat bayaran untuk dapatkan kerja.
  • âś… Syarikat sah tidak minta wang untuk latihan/tugas.
  • âś… Semak nama syarikat di SSM e-Search.


7. Scam Pelaburan (Investment Scam)

Modus Operandi:

  • Janji untung besar, cepat, tanpa risiko.
  • “Masuk RM500, dapat RM1,000 dalam seminggu.”
  • Ada testimoni palsu dan tangkapan layar tipu.

Cara Elakkan:

  • âś… Jangan percaya pulangan terlalu bagus untuk jadi nyata.
  • âś… Semak syarikat di laman Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
  • âś… Guna prinsip: “Kalau ragu-ragu, jangan labur.”


8. Scam APK (Fail Aplikasi Android)

Modus Operandi:

  • Diberi fail APK untuk muat turun (bukan dari Play Store).
  • Bila dipasang, app ambil alih telefon, baca SMS dan OTP bank.

Cara Elakkan:

  • âś… Jangan pasang APK dari luar Play Store.
  • âś… Elak urusan perbankan selepas install app yang tidak rasmi.
  • âś… Gunakan telefon lain untuk transaksi bank jika perlu.


9. Scam Derma Palsu / Amal Palsu

Modus Operandi:

  • Gambar sedih, mesej minta bantuan anak yatim/OKU/musibah.
  • Beri akaun bank peribadi.

Cara Elakkan:

  • âś… Hanya derma kepada organisasi yang berdaftar dan sah.
  • âś… Semak nombor akaun di laman semakmule.rmp.gov.my.
  • âś… Elak kongsi tanpa semak kesahihan.


Penutup: Cara Umum Elak Kena Tipu

  • âś” Guna semakmule.rmp.gov.my untuk semak nombor akaun/nombor telefon.
  • âś” Jangan kongsi OTP, TAC, maklumat perbankan dengan sesiapa.
  • âś” Jangan buat keputusan dalam tekanan atau tergesa-gesa.
  • âś” Laporkan kepada CCID Scam Response Center PDRM:
    📞 03-2610 1559 / 1599
    —

“Mencegah lebih baik daripada mengubat setelah terjadi”